15 Rahasia Keajaiban Kabah Yang Perlu Diketahui
Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui banyak tentang struktur Kabah dari sudut sains,
yaitu :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak bisa didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun
 badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan 
penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar 
tetapi bisa dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan
 dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadah, tidak
 ada sifat putus asa, mau terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada
 Allah SWT.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak bisa meneropong apa yang ada di 
dalam Kabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang 
ada di dalam Kabah karena tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan 
garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah 
jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka 
tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat 
yang ajaib karena di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme 
sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kabah secara automatik otak tengah 
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
 darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga 
hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam 
ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan 
jam. Justru dengan mengelilingi Kabah mengikut lawan jam, bermakna 
peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan 
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah senantiasa 
bertenaga, sehat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga 
banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak ternilai atau terlalu 
banyak. Dengan melakukan tujuh kali putaran sebenarnya kita mendapat 
ibadah yang tidak ternilai jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala karena rambut dan
 bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang 
baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan
 haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru karena segala 
yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya 
yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya 
untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahasia
 di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari 
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima 
oleh tubuh.
Semoga Beramanfaat.
Wassallamualaikum Wr. Wb.

